Tuesday, December 28, 2010

NANOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN

PENANAMAN  
 Nanoteknologi dijangka banyak memberi manfaat dalam bidang ini meliputi 
bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem
kawalanmenggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, 
sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain. 
   Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan 
pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya 
telah memasuki pasaran. Baja pelepasan perlahan yang berkecekapan tinggi 
telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah,
Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Beberapa syarikat perladangan besar 
di Malaysia juga telah mula berminat dalam penggunaan baja jenis ini.
Baja jenis ini dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian yang 
memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan. 
   Bahan pengaktif-nano atau perangsang-nano yang berfungsi sebagai 
perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk 
nanoteknologi yang telah dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi
dalam pertanian moden. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil 
pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus. 
   Alat penderia-nano jenis penderia-kimia berasaskan bahan 
berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan 
penggunaan baja dalam sektor perladangan. Selain dari itu juga alat
pengesan ini digunakan bagi memantau sisa racun serangga di dalam 
air, ia amat berfaedah bagi memastikan pencemaran air di kawasan 
pertanian dan persekitarannya. Penggunaan zarah-nano dalam sistem 
pengangkut di dalam tanah, air dan pokok juga merupakan teknologi
yang mesti diterokai bagi mengembangkan lagi penggunaan
nanoteknologi.


PENTERNAKAN
   Penggunaan zarah-nano bersalut nutrien yang digunakan bersama makanan 
ternakan amat diperlukan kerana ia memberi kesan yang pantas.
Ia amat berguna dalam bidang ternakan seperti ayam dan lembu serta
ternakan air seperti ikan dan udang.


Sumber: DR. SAIFOLLAH ABDULLAH dan DR. MOHAMAD RUSOP, 
pensyarah Institut Sains,Fakulti Sains Gunaan,
 Universiti Teknologi Mara (ebook for you)(entri 10/7/2007)

No comments:

Post a Comment